Jarang dilihat di kaca televisyen sejak belakangan ini, pelakon Sharifah Rose menepis dakwaan namanya semakin ‘sendu’ dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berlebih-Lebihan’ – Sharifah Rose Jawab Isu Salam Pelakon Thailand
Saya tak hilang
Menurut Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, dia tidak melihat kehadiran ramai pelakon pelapis dalam dunia seni sebagai pesaing buat dirinya.
Sebenarnya, saya ada sahaja dalam industri, tak hilang ke manapun. Cuma, ada drama yang dilakonkan belum ditayangkan lagi. Tapi, ada juga drama saya diulang tayang beberapa kali, termasuk stesen televisyen (TV) di Singapura.
Walaupun tiada drama baharu, tetapi orang tetap dapat melihat wajah di kaca TV. Namun, saya tak nafikan saya ambil cuti kerana mahu fokus dengan produk saya. Biasalah industri seni sering bertukar-tukar wajah. Sebelum ini, wajah saya kerap terpampang di kaca TV dan sekarang giliran orang lain pula. Siapa tahu akan datang peluang datang semula kepada saya. Lagipun, kemunculan ramai artis baharu dapat memeriahkan lagi industri.
Saya tak pernah anggap mereka sebagai pesaing. Malah, ada antara bakat baharu adalah rakan saya. Daripada nak bersaing lebih baik kita raikan kehadiran mereka dan kerja bersama-sama.
Berbicara mengenai status terkini, Rose mengakui, dirinya ‘single but not available’. Ujar Rose, dia sedang berkawan dengan seseorang, namun belum bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
Saya sedang berkawan dengan seseorang. Kami sudah lama kenal sebelum saya masuk dalam industri seni lagi. Saya selesa berkawan dengannya kerana kami berkongsi matlamat sama.
Si dia ada kerjaya dan menguruskan perniagaan sendiri. Cuma, terlalu awal nak bercakap soal fasa perkahwinan kerana kami tak mahu ia mengganggu perjalanan kerjaya serta matlamat hendak dicapai.
Saya sendiri ada banyak perkara yang perlu dikejar. Kalau nak kahwin, mungkin untuk beberapa tahun lagi sebab saya nak stabilkan kerjaya terlebih dahulu.
Sumber: Berita Harian