Buat yang merindui lakonan mantap pelakon kacukan Inggeris, Siti Saleha, beliau akan membuat penampilan sulungnya dalam siri Amazon Original dari Malaysia bertajuk That Cover Girl.
Siri ini akan disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video secara eksklusif mulai 19 Oktober ini dan akan ditayangkan di 240 wilayah lain di seluruh dunia tau. Wow!
Dengar tajuk je pun dah macam best. Tak sabarnya!
Kalau korang nak tahu, siri That Cover Girl ni dihasilkan oleh Creative Stew dan turut dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim Ridza. Mesti mantap lakonan mereka semua ni.
Sofi, tokoh perniagaan empayar fesyen
Mesti korang nak tahu jalan cerita siri That Cover Girl ni kan? Haa..meh admin bagi sneak peak kat korang.
That Cover Girl mengisahkan Sofi Safwan lakonan Siti Saleha, seorang usahawan berusia lewat 20-an yang memiliki empayar fesyen Muslimnya yang luas dengan bantuan suaminya, Arif yang sangat menyayangi dan menyokong dirinya.
Di saat kerjayanya berada di puncak, muncul pula cabaran yang tak dijangka, dalam perjalanan ke Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week, Sofi melakukan satu kesilapan besar yang tak sengaja dirakamkan pada kamera dan boleh menjadi punca kejatuhannya. Malangnya, wujud seseorang yang tahu akan kisah tersebut dan mengugut Sofi untuk mendedahkannya, bukan sahaja kepada Arif, tetapi kepada 10 juta pengikut Instagramnya.
Timbul syak wasangka bahawa orang yang mengugutnya itu adalah seseorang di dalam syarikatnya, namun Sofi masih tidak mengetahui siapakah gerangan yang menghantar mesej dengan pelbagai ugutan dan ancaman tersebut.
Namun, di saat dirinya ditimpa masalah, Arif, orang yang Sofi sangat percaya untuk berada di sisinya selama-lamanya, meninggalkannya untuk mengejar impiannya sendiri. Tetapi tidak kira apa pun cabaran yang dihadapinya, dengan atau tanpa sebarang sokongan, Sofi berazam untuk melindungi reputasi dan imej jenama empayar perniagaan yang telah berjaya dibinanya.
Adakah Sofi berjaya menyembunyikan kesilapan yang telah dilakukannya, sekaligus mengekalkan empayar perniagaannya?
Mesti korang tertanya-tanya kan bolehkah Sofi kekal di puncak kejayaannya? Atau adakah dia akhirnya akan meninggalkan kehidupan yang dia sukai ini dan bekerja keras apabila dia menyedari bahawa dia tidak boleh memiliki semuanya?
Dan siapakah pula identiti yang selama ini mengganggunya?
Haa..kalau min cerita semua, mestilah korang dah tak teruja nak tengok siri That Cover Girl ni kan.
Kalau korang nak tahu apakah kesudahan kisah kerjaya dan hidup Sofi, jangan lupa untuk saksikan That Cover Girl di Prime Video, 19 Oktober ini, ok!
Untuk strim secara langsung, korang boleh layari laman web mereka di sini.