berita

‘Sistem Imun Belum Matang, Mudah Dijangkiti Kuman’ – Ini Kisah Bayi 2 Bulan Kena Jangkitan Pernafasan Gara-Gara..

November 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Facebook, Dr Redza Zainol yang terkenal sebagai seorang pediatrik berkongsi kisah mengenai seorang bayi yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap masalah jangkitan pernafasan.

Lebih menyedihkan, bayi yang baru berusia dua bulan itu perlu ditempatkan di pusat rawatan isolasi dan menjalani ujian swab Covid-19.

Demam dan batuk

Sekadar gambar hiasan

Saya hembus nafas perlahan-lahan selepas saya terima panggilan dari Jabatan Kecemasan. Bayi berusia 2 bulan ni nafasnya laju, demam tinggi dan batuk. Selepas diteliti, bayi ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk. Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.

Selepas selesai memakai pakaian lengkap PPE, saya masuk ke wad isolasi untuk mengambil sampel Covid-19 dari hidung dan tekak bayi ni. Dibantu oleh jururawat yang cekap, kerja saya jadi mudah. Menurut ibunya, bayi mula demam dan batuk selepas dipeluk cium oleh saudara mara yang datang ke rumah. Beliau cuba untuk menegah tapi ada saja alasan yang diberi.

Sistem imun bayi belum matang

Sekadar gambar hiasan

Saya jadi kagum sebab ibu ni sangat sabar orangnya. Bukan calang-calang sebab tinggal di wad isolasi ni sangat tak selesa. Bayangkan kipas tak boleh dibuka, jadi bayi asyik menangis sebab kepanasan. Ibu pula jadi kepenatan cuba menenangkan bayi. Sampel Covid-19 pada bayi perlu diambil dan paling sedih, ayah bayi tak boleh datang melawat sampailah keputusan Covid-19 siap. Selepas keputusan sampel Covid-19 disahkan negatif, barulah boleh pindah ke wad biasa.

Nasihat saya, jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Penjarakan sosial tu termasuk antara orang dewasa dan bayi kecil juga. Biarlah penjaga utama bayi saja yang pegang dan cium bayi tu. Kalau bayi masuk ke wad isolasi dan kita sanggup menjaga bayi tu sepenuh masa, maknanya kitalah penjaga utama bayi tu.

Bayi ini sistem imunnya belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejalanya tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa. Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab seronok sangat nampak baby kan.

Sumber: Dr Redza Zainol

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×