
Pelakon Siti Heriesa dan Siti Khadijah tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa hubungan persahabatan mereka renggang dan kononnya bergaduh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Hariesa Nafi Besar Kepala, Mohon Individu Tak Puas Hati Tampil Berdepan – ‘Tegur Saya, Jangan Cakap Belakang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Khadijah Tak Setuju Dengan Kenyataan ‘Wanita Beremosi’ – ‘Kami Ada Perasaan’
‘Tak bergaduh pun’

Ketika ditemui OhBulan, Hariesa atau nama lengkapnya Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, menegaskan bahawa tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara dirinya dan Siti Khadijah.
Sebaliknya hubungan masih baik seperti biasa walaupun jarang muncul bersama di khalayak.
Kami tak bergaduh pun dan masih berkawan. Kami mengikuti di media sosial, berhubung seperti biasa.
Hariesa dan Siti Khadijah berkata demikian ketika ditemui di acara pembukaan Butik Rizman Ruzaini di Suria KLCC pada Jumaat.
Sementara itu, pemilik nama Siti Khadijah Abdul Halim, 28, berkata, jadual kerja yang padat menjadi punca utama mereka jarang bertemu, bukan kerana masalah peribadi seperti disangka sesetengah pihak.
Acara Rizman Ruzaini ini pun kami memang looking forward nak jumpa sebab saya faham dia (Hariesa) ada kerjaya dia. Saya pun akan ke Perak untuk penggambaran, jadi memang waktu di acara sahaja kami boleh berjumpa.
Jarang post gambar bersama

Mengulas lanjut, Siti dan Hariesa mengakui sedikit terkejut namun memahami mungkin ada salah faham daripada peminat yang sudah lama tidak melihat mereka bersama.
Kami tak nak nampakkan persahabatan ini terlalu artificial. Tak semestinya kena post atau pamerkan setiap masa.
Mereka juga mengakui enggan menunjukkan hubungan persahabatan secara berlebihan di media sosial semata-mata untuk menepis spekulasi orang ramai.
Mungkin sebab ramai orang tak tengok kami bersama, sebab dah biasa nampak kami berdua. Itu juga yang kami nak elakkan persepsi netizen.
Bila kami tak bersama, orang fikir kami bergaduh. Jadi, kami tak nak normalisasikan benda itu.






