

Mengakui sudah memiliki kekasih, pelakon Siti Hariesa walau bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Hariesa Dah Ada ‘Teman Istimewa’, Sedang Mengenali Hati Budi – ‘Baru Sebulan Kenal’
Tak mahu terlalu kongsi kisah peribadi
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Siti Hariesa atau nama lengkapnya Siti Hariesa Muhammad Hanafi berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya kepada umum namun akan berkongsi kepada peminat sekiranya ada berita gembira.
Pada usia sekarang, saya semestinya nak berkahwin. Sebagai pelakon sekarang pun, terlalu banyak lagi hal mendatang.
Saya mahu orang kenal saya sebagai pelakon. Lebih baik kekal ‘low key’ mengenai kehidupan peribadi.
Tapi fasal kahwin, mestilah saya nak beritahu sedang dilamun cinta. Insya-Allah, suatu hari nanti.
Siti Hariesa berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Perempuan Itu’ memaklumkan sudah melakukan perbincangan mengenai perkahwinan dengan kekasihnya.
Memang benarlah ada perancangan berkahwin. Itupun antara hal yang perlu dibincangkan.
Tapi sejujurnya saya tidak kisah pun. Kalau banyak duit, saya memang nak adakan beberapa majlis.
Terdahulu, Siti Hariesa mendedahkan dirinya sedang mengenali seorang jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.
Menurut Siti Haries, mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan hubungan mereka masih di peringkat awal.








