berita

Siti Jamumall Kemalangan Jalan Raya Nyaris Ragut Nyawa, Ibu Hampir Pengsan Sebab Terkejut

December 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Jamumall

Ibu kepada pempengaruh media sosial dan ahli perniagaan, Siti Jamumall hampir jatuh pengsan selepas mendapat berita anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Fokus Jaga Abang OKU, Bukan Bela ‘Biawak Hidup’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Lama Bercerai, Berhenti Buat Fitnah’ – Siti Jamumall

Ibu hampir pengsan

Siti Jamumall

Ibu Siti Jamamull akui terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring di atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.

Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.

Bagaimanapun, Siti Jamumall berkata dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.

Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.

Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia kemudian dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat.

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Siti Jamumall memaklumkan jari tangannya patah akibat kemalangan tersebut.

Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.

SKIP THIS AD ×