Pelakon cantik Siti Khadijah Halim berkongsi persiapan hari raya Aidilfitri tahun ini.
Artikel berkaitan: Siti Khadijah Akui Terasa ‘Sunyi’, Doa Agar Dipertemukan Jodoh – ‘Usia Saya Dah 27 Tahun’
Artikel berkaitan: Tiada Niat Nak Burukkan Sesiapa, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf
Nak sedapkan resepi rendang!
Menurut Siti, meskipun jadual kerja yang padat, dia tetap mencari masa untuk menyedapkan lagi resepi rendang untuk dihidangkan pada satu Syawal nanti.
Raya kali ni saya sibuk dengan kerja jadi persiapan raya saya sederhana je cuma nak sempurnakan resepi rendang!
Bakal sambut perayaan di negeri selatan, Siti tidak sabar untuk memberikan duit raya kepada keluarga pada tahun ini.
Raya ni saya mungkin beraya di KL atau Melaka. Jadi orang Melaka, halu!
Perkara yang saya paling excited masa hari raya adalah bagi duit raya dekat orang tersayang. Entah lah rasa best je.
Berkongsi tentang tema warna bagi raya tahun ini, pelakon drama Wanita Syurga ini mahu memberikan kejutan buat para peminatnya.
Sejujurnya banyak sangat pilihan! Rasa macam baju kurung Pahang, rasa macam kebaya.. kurung Pahang kot tahun ni. Warna apa? Rahsia…