Penyanyi Siti Nordiana tidak bersetuju dengan kenyataan dibuat vokalis senior, Man Bai yang mengatakan program nyanyian Gegar Vaganza (GV) merupakan platform ‘memalukan’ diri.
Artikel Berkaitan: Didakwa Guna ‘Mak Esah’ Untuk Kekal Dalam GV, Arrora Salwa Harap Peminat Bertenang – ‘Anggap Je Hiburan, Kalau Lebih I Know What To Do’
Artikel Berkaitan: Watie Sadali Dedah Joey Tak Benarkan Masuk GV Sebab Memalukan Diri – ‘Yang Menonton Berjuta’
‘Tak memalukan’
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 41, sebaliknya bersyukur dapat menyertai GV musim kedua sekali gus mengembalikan semula karier seninya yang sebelum ini kian pudar.
Saya menghormati pandangan yang dikemukan, masing-masing mempunyai pendapat. Tetapi untuk saya secara peribadi, GV adalah platform yang sangat membantu saya.
Menerusi GV juga saya dapat kembalikan semula karier seni yang sebelum sudah suram. GV tidak memalukan.
Nana berkongsi mengenai perkara itu usai dia melalukan persembahan di Live Music @ Sea yang berlangsung di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream pada Isnin.
Ilmu menyanyi
Tambah pelantun lagu Angkara itu lagi, dia banyak memperoleh ilmu nyanyian sepanjang menyertai program tersebut.
Saya juga banyak memperoleh ilmu daripada barisan juri dan guru sepanjang dalam pertandingan tersebut. Saya sangat menghargai GV. GV sangat memberi impak kepada saya.
Sebelum ini, Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman berkata, format nyanyian program berkenaan memalukan penyanyi yang menyertainya.
Dedahnya, walaupun pernah ditawarkan sebagai penyanyi jemputan baru-baru ini, namun dia membuat keputusan menolaknya.