Kes saman fitnah yang difailkan penyanyi Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta terhadap lima individu termasuk dua rakan seindustri Lan Solo dan Syura Badron selesai secara baik.
Artikel Berlaitan: Tiada Permohonan Maaf Selepas 24 Jam, Siti Nordiana Saman 5 Individu
Artikel Berlaitan: Isu ‘Membawang’ Di Instagram: Siti Nordiana Saman RM2.5 Juta
Selesai cara baik
Memetik laporan Berita Harian, peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif dan lima defendan.
Kes sudah diselesaikan secara baik, hari ini. Ini adalah persetujuan kedua-dua pihak.
Persetujuan dilakukan dalam mahkamah selepas peguam berbincang dengan anak guam masing-masing dan bersetuju diselesaikan secara baik, pagi tadi.
Ada tiga terma penyelesaian. Pertama, tanpa liabaliti iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk memohon maaf.
Kedua, plaintif tiada kebebasan untuk memfailkan semula saman ini. Maksudnya, perkara ini ada penghakiman persetujuan.
Kalau plaintif tarik balik, jadi penghakiman persetujuan itu tidak wujud dan terma ketiga, tanpa perintah terhadap kos.
Sementara itu, Azlan berkata dia bagaimanapun tidak dapat memberi kenyataan mengenai hubungan Siti Nordiana dengan lima individu tersebut.
Selepas ini, tiada apa-apa perbicaraan. Hubungan antara kedua pihak adalah subjektif, jadi saya tak pasti selepas kes selesai bagaimana keadaan mereka.
Dari segi bagaimana mereka di luar bergantung kepada masing-masing.
Difahamkan, Lan Solo, Syura Badron dan tiga lagi individu telah memohon maaf serta memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.
Dalam pada itu, Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana turut membuat permohonan maaf kepada lima indiviu berkenaan dan menyatakan dirinya telah memaafkan mereka.
Sumber: Berita Harian