Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk berduet dengan penyanyi latar Bollywood terkenal, Udit Narayan dalam Konsert ‘A Lovely Night with Udit Narayan’ yang bakal berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 26 April 2025.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Teringat Arwah Rohana Jalil, Hampir Batal Persembahan Di Konsert Udit Narayan – ‘Dia Tak Boleh Buat Tanpa Ibunya’
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Bidas Kenyataan Man Bai – ‘GV Tak Memalukan, Telah Kembalikan Karier Seni Saya Yang Sebelum Ini Suram’
Terkesima
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, dia tidak menyangka dapat membuat persembahan di atas satu pentas dengan penyanyi yang menjadi idolanya sejak kecil.
Saya sangka hanya diberi peluang untuk melakukan ‘opening act’ sahaja, tetapi rupanya berduet sekali dengan penyanyi idola saya, Udit Narayan.
Tak tahu nak cakap apa, memang terkesima seketika, sebab Udit merupakan ikon kepada lagu-lagu Bollywood dan tak dinafikan saya membesar dengan lagu-lagu beliau.
Dari kecil bila tengok filem Bollywood terutama sekali bila menampilkan pelakon kegemaran saya Shah Rukh Khan, saya tahu semua nyanyian dalam filem itu adalah suara penyanyi lagenda ini.
Akan lakukan terbaik
Tambah pelantun lagu ‘Memori Berkasih’ itu lagi, dia tidak akan mensiakan-siakan peluang tersebut dan mahu melakukan yang terbaik.
Bila dah tahu berduet, dalam teruja tu dah jadi gementar lah pula sebab dia penyanyi yang sangat berbakat dan vokalnya memang tiada tandingannya walaupun sudah agak berusia.
Tak dinafikan ada juga kerisauan untuk membuat persembahan bersama nanti, tapi saya pasti akan buat yang terbaik.
Sementara itu, pada Konsert ‘A Lovely Night with Udit Narayan’ itu juga bakal menampilkan pengacara Dee Jangan Ketawa serta penyanyi pempengaruh popular yang lain seperti Mamuji, Nadya Fharshah dan Ar Wanz sebagai ‘opening act’.
Untuk info, Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya di dalam industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada.
Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25,000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat seramai 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah.
Tiket-tiket telah mula dijual pada 28hb Ogos 2024 di ubertickets dan anda boleh mendapatkan tiket anda sekarang di https://uditnarayan.ubertickets.asia.