Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan menjadi antara selebriti yang bakal menjayakan pentas Hausboom Music Festival 2024 pada Oktober ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Menyesal Hilang Zaman Remaja Demi Kerjaya – ‘Pergi Disko Untuk Have Fun Memang Tak Pernah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ayah Pilih Wanita Yang Tepat, Mak Iti Betul-Betul Korbankan Jiwa & Raga’ – Asyraf Khalid
Irama tradisional
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin itu berkata dia bakal mendendangkan lagu-lagu tradisional di festival muzik tersebut atas permintaan pihak penganjur.
Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan mereka, sebelum ini bersama Bulan Bintang. Kali ini sedikit berbeza sebab ia adalah sebuah muzik festival.
Kalau ikut penganjur, mereka mahukan saya tampil dengan lagu-lagu tradisional.
Meskipun baru sahaja mengadakan konsert solo di Genting Highland baru-baru ini, namun pelantun lagu Bagaikan Sakti itu berkata, dia optimis dan komited untuk beraksi pula di Hausboom Music Festival.
Saya pun baru sahaja selesai konsert, jadi masih ada dua bulan untuk buat persiapan yang terbaik.
Pada saya bagi festival seperti ini ia tidak perlukan banyak komitmen, ianya tidak seperti konsert solo.
Kebetulan pula pada waktu itu jadual saya mengizinkan saya untuk bersama festival ini. Sebab itu saya terima.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hausboom Music Festival 2024 yang berlangsung di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Siti merupakan satu-satunya penyanyi wanita solo di festival tersebut bersama-sama 31 lagi barisan selebriti antaranya, Senario, Dolla, Ruffedge dan Datuk Zainal Abidin.
Alhamdulillah, itu tak bermakna saya sendiri, maksudnya saya hanya mewakili. Sebenarnya saya rasa mungkin ramai penyanyi lain yang mendapat permintaan tinggi juga.
Mungkin disebabkan saya ada kelebihan dari segi genre tradisional, jadi itu menambahkan kepelbagaian muzik yang akan diberikan di dalam festival ini.
Apabila saya dan rakan-rakan artis senior lain dapat berkumpul dan sepentas di sebuah festival, ia menunjukkan artis masih mampu untuk menampilkan muzik mereka yang terbaik.
Untuk info, Hausboom Music Festival pada tahun ini akan diadakan di KL Base yang membariskan artis tempatan dan Indonesia.
Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah lagenda seperti kumpulan Wings, Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor.
Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.
Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana terdapat 110 peniaga-peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama streetwear lokal terkenal di Malaysia.
Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki Hausboom Music Festival 2024 dan Hausboom Lokal Fest 2024. Harga tiket bermula dari RM189 (kemasukkan umum), RM349 (rock zone) dan RM1,200 (VVIP).
Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September 2024. Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hlf2024 dan hanya akan layak untuk memasuki Hausboom Lokal Fest 2024.