Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza seolah-olah memberi bayangan bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa buat peminatnya. Wow!

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Pengurus & Murid Sekolah Afwa Al Aafiyah Selamat – ‘Allah Memang Lindungi Mereka’

9 Mac 2024

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti memuat naik sebuah foto tertulis ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ dan ‘Akan Datang’. Berikutan daripada itu, rata-rata peminat pelantun suara ‘Cindai’ itu mula berteka-teki.

Keresahan dalam jiwa peminat semakin membuak-buak apabila Siti memberitahu tiket akan mula dijual pada 21 Disember ini dan acara tersebut dipercayai bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac tahun depan.

Adakah Siti bakal mengadakan sebuah konsert berskala mega pada tahun hadapan? Atau bakal menerbitkan sebuah dokumentari atau biopik berkisarkan Siti Nurhaliza? Sama-sama kita nantikan pengumumannya nanti!

Sekadar info, Epitome bermaksud orang atau benda yang merupakan contoh atau teladan yang unggul sesuatu sama ada dari segi kualiti, kelas dan sebagainya.

Sumber: Siti Nurhaliza