berita

Siti Nurhaliza Bidas Komen Netizen, Dakwa Konsert Akhir Zaman & Malam Ramadan – ‘Saya Doakan Puan & Keluarga’

January 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

tokti jawab netizen

Berikutan terdapat desakan daripada beberapa pihak untuk menangguhkan konsert, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk menunda acara tersebut.

Artikel Berkaitan: Berbentuk Amal & Bukan Kaut Keuntungan, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Diteruskan

Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Tak Dapat Tiket Konsert Tok Ti Sampai Telefon Datuk K – ‘Saya & Team Tengah Berusaha Tambah Seat’

Netizen kurang senang

tokti jawab netizen

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG), penyanyi nombor satu negara itu menjelaskan alasan dan faktor mengapa Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza tetap diteruskan pada 9 Mac tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh pengikut penyanyi berusia 45 tahun itu. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet dilihat kurang senang dengan keputusan tersebut.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Anta Pemana itu kemudian membalas komen tersebut selain turut mendoakan kesejahteraan individu berkenaan.

10 Mac tarikh tengok anak bulan puan, saya betulkan. Belum puasa lagi tapi saya doakan puan dan keluarga juga.

Terdahulu, konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu telah mendapat perhatian mufti yang menyarankan agar ianya tidak dijalankan pada tarikh berkenaan berikutan menghampiri bulan Ramadan.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×