berita

[VIDEO] Achey Bidas Komen Netizen, Pertikai Tentang Rezeki – ‘Audi Yang Awak Cakap Tu Pun Dah Jual’

January 12th, 2024 | by Alia
Kini Trending

rezeki achey

Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Achey menerima sebuah kereta jenis Ford Ranger daripada usahawan pakaian iaitu Fariz Azri.

Pemberian tersebut adalah sebagai tanda penghargaan Fariz kepada Achey yang telah banyak membantu mempromosikan jenama pakaian miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Jersi Kotakan Janji Hadiahkan Achey Kereta Ford Ranger – ‘Dia Bantu Saya Masa Akaun Kena Banned’

Artikel Berkaitan: Dituduh Tiada ‘Job’ Punca Jual Gula-Gula, Achey Hanya Fikir Positif – ‘Aku Percaya Rezeki Allah’

Rezeki Achey

rezeki achey

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, membalas komen seorang individu yang meluahkan perasaan kurang senang terhadapnya.

Achey dah kaya, pakai Audi. Buat apa banyak-banyak kereta? Kita ni B40, kais pagi kais petang.

Tidak berdiam diri, Achey kemudian menjelaskan kepada pengikutnya bahawa dia pernah melalui fasa kesempitan hidup sehingga kenderaannya terpaksa dijual.

Menurut Achey, dia terpaksa menjual keretanya dahulu demi menanggung kos rawatan kesihatan ibu bapa dan juga mentuanya.

Komen awak ini hadir semasa saya telah pun mencapai apa yang awak cakap ini. Audi yang awak cakap tu pun dah jual. Kenderaan yang banyak-banyak tu pun dah jual semasa nak buat pembedahan arwah bapa saya, arwah bapa mentua saya dan paling perit sekali untuk perubatan arwah mak saya.

Tindakan pelawak berusia 37 tahun ini adalah kerana dia berasa kecewa apabila individu tersebut mempertikaikan rezeki yang dimilikinya.

Bukan mengungkit, tapi awak nak tahu kan? Jadi saya cerita. Sebab tu saya cakap, awak hadir di saat saya dah mencapai semua benda ni.

Tapi awak tak ada, awak tak nampak apa yang saya lalui untuk capai apa yang awak cakap ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Achey dan mendoakannya agar dia dilimpahkan rezeki yang lebih banyak.

@achey_kintangkintung

Yea mmg di biarkan komen sebegini… tapi bila di biar terasa semakin tidak terdidik… mudah melihat masa kini seseorang tapi tidak mahu mengkaji masa lalu mereka… terima kasih Allah… @Haziqsamsul @Faris Azri Choii @YARA PRODUCT @Anne_achey21?

? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Sumber: TikTok Achey 

SKIP THIS AD ×