Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan hangat warganet apabila memuat naik hantaran berkaitan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Artis, Tak Pernah Culas Bayar Sejak 5 Tahun Lalu
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Untuk Siti Nurhaliza Belum Siap Lagi’ – Aina Abdul Enggan Tergopoh Gapah
Hantaran layanan suami kepada isteri
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi tentang bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.
Susulan tindakan itu, rata-rata warganet mula membuat andaian dan mengaitkan dengan rumah tangga Tokti dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K.
Bagaimanapun, difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam selepas dikongsikan di media sosial.
Sumber: Instagram