berita

Siti Nurhaliza Doa Anak Lelaki Jadi Pemimpin Yang Berdedikasi, Hafaz Al-Quran

April 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah selamat melahirkan anak keduanya semaam.

Artikel berkaitan: [FOTO&VIDEO] Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua, Comel Macam Muka Aafiyah!

Sebagai seorang ibu, Siti sempat merakam video mengenai pengalamannya ketika hamil anak kedua ini. Dia turut menyatakan impiannya terhadap anakanda lelakinya yang sudah lahir itu.

Doakan jadi kenyataan

Boy lebih besar dan semangat. Nampak perut saya lebih ke depan. Memang penat, tapi saya kena kuat juga. Tak sangka banyak kerja dan aktiviti yang saya perlu siapkan. Berbanding Aafiyah, saya lebih relax.

Menerusi akaun Youtube Siti Nurhaliza, Siti memberitahu kehamilan kedua ini tidak mempunyai perbezaan dengan kehamilan sebelum ini. Malah, dia kelihatan sedikit aktif ketika mengandung anak kedua ini.

Bila kata anak lelaki, sudah pasti saya nak anak saya jadi insan yang soleh, menjadi seorang pemimpin, seorang yang berdedikasi, seorang yang penghafal Al-Quran InsyaAllah. Doakan jadi kenyataan. Seorang yang jujur dan menjaga saya dan ayahnya ketika kami sudah tua nanti. Paling penting jadi insan berjaya dunia dan akhirat.

Siti turut berharap anak lelakinya itu akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat termasuk mempunyai sifat kepimpinan dan boleh menghafal Al-Quran.

Terus positif, sabar dan berdoa

Di akhir video tersebut, Siti turut memberi pesanan buat pasangan di luar sana masih berjuang untuk mendapatkan cahaya mata. Menurut Siti, mereka perlu terus positif, sabar, sentiasa berdoa dan juga berusaha.

Iyalah bila soal cahaya mata ni dia melibatkan dua orang iaitu suami dan isteri. Lebih-lebih lagi mereka yang buat IVF macam saya. Kena saling bantu-membantu dan memberi semangat. Jangan putus asa sebab Allah maha mendengar. Yang penting kita kena tenang dan reda.

Siti turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya sejak dari awal kehamilan sehingga selamat bersalin.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×