berita

Siti Nurhaliza ‘Hilang Suara’ Akibat Bronkitis, Perlu Gunakan ‘Inhaler’

September 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Selepas mengalami batuk yang teruk sejak beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa beliau kini berdepan masalah bronkitis atau sesak dada.

Terpaksa buat imbasan X-ray

Menerusi satu perkongsian InstaStory di akaun Instagram miliknya, Siti, 42 tahun, berkata bahawa dia terpaksa menyerah diri dan membuat imbasan X-ray akibat kerap mengalami batuk pada tengah malam.

Baik kita buat X-ray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam.

Susulan imbasan X-ray dibuat, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memaklumkan bahawa beliau disahkan mengalami bronkitis tahap sederhana akibat kesan jangkitan Covid-19.

Oleh itu, Siti terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain.

Mild bronchitis kesan Covid-19. Kena guna inhaler ya. Semoga cepat sembuh, amin.

Sebelum ini, Siti juga pernah memuat naik hantaran video memaklumkan suaranya kedengaran garau, dan menerusi kapsyen, Siti menulis bahawa dia mengalami ketidakselesaan pada bahagian anak tekak.

Maaf jika suara saya lain dan tak berapa jelas. Saya tengah sakit anak tekak.

Ogos lalu, Siti dilaporkan sembuh daripada jangkitan Covid-19 yang didapatinya selepas pulang bercuti dari London.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin

SKIP THIS AD ×