Penerbit dan jurutera bunyi tersohor, Roslan Aziz menyifatkan Biduanita Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza seorang penyanyi yang hebat dan dahsyat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dedah Siti Nurhaliza Menginap Di Hotel Mewah Dubai Berharga RM30k Satu Malam – ‘Hotel Tu Pernah Bayar Beyonce RM108 Juta Buat Konsert’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa’ – Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza dahsyat
Bersyukur pernah berkerjasama, Roslan, 60, berkata, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin juga memiliki peribadi yang baik dan sentiasa merendah diri.
Siti Nurhaliza is the best singer in the world (antara penyanyi paling bagus dalam dunia). Dia juga seorang yang dahsyat dan genius.
Saya sangat bertuah kerana pernah berkerjasma dengannya ketika menjayakan konsert di London.
Satu perkara ketika berjumpa adalah bakat yang dimiliki. Dia memang dilahirkan untuk menjadi penyanyi. Dia juga seorang yang sangat rendah diri, penuh tatatertib dan baik hati.
Roslan berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat siaran langsung di sebuah platform media sosial, baru-baru ini.
Terbit album
Dalam masa sama, Roslan berkata, dia juga tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk menerbitkan album buat penyanyi kesayangan ramai itu.
Saya berharap dapat terbitkan sebuah album untuk Siti jika diberikan kesempatan.
Jika perkara itu terjadi, saya ingin hasilkan sebuah album yang betul-betul istimewa.
Sekadar info, Roslan merupakan individu yang bertanggungjawab selaku penerbit konsert dan jurutera rakaman sewaktu Siti menjayakan konsert istimewa di Royal Albert Hall, London pada 2005.