Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diundang membuat persembahan pada Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Artikel Berkaitan: Mokhzani Puji Siti Nurhaliza – ‘Practise Dalam WhatsApp, Tapi Muncul Dengan Live Vokal Meremang’
Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Tak Dapat Tiket Konsert Tok Ti Sampai Telefon Datuk K – ‘Saya & Team Tengah Berusaha Tambah Seat’
Tak mahu sebut ‘hawau’
Pada acara tersebut, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin menyampaikan beberapa buah lagu termasuk sebuah lagu berjudul Senandung Anak Melaka.
Bagaimanapun kata Siti, lagu berkenaan kurang sesuai untuk dinyanyikan olehnya kerana liriknya ada menyebut perkataan ‘hawau’.
Justeru, dia meminta untuk berduet dengan penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Yasser Fikri.
Sewaktu saya diminta nyanyi lagu itu, saya kata biar betul. Takkan saya nak sebut perkataan ‘hawau’.
Kemudian saya beritahu pihak penganjur untuk duet dengan penyanyi asal, supaya dia ambil bahagian yang sebut perkataan ‘hawau’.
Kalau saya ambil bahagian itu takut bunyinya kurang sesuai.
Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Dalam sesi sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuji kelunakan suara penyanyi asal dan lagu tersebut.
Tapi sedap suara penyanyi asal itu, lagu tersebut juga sangat catchy dan viral di media sosial terutama TikTok.
Dengar memang senang melekat dalam kepala, lagi-lagi bahagian intronya memang best.
Sekadar info, perkataan ‘hawau’ merupakan perkataan yang sering digunakan dalam percakapan orang Melaka dan dianggap sebahagian daripada loghat negeri itu.
Sumber: TikTok