Ingin kembalikan zaman kanak-kanak, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan hasrat untuk berniaga kuih-muih pada bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dedah Siti Nurhaliza Menginap Di Hotel Mewah Dubai Berharga RM30k Satu Malam – ‘Hotel Tu Pernah Bayar Beyonce RM108 Juta Buat Konsert’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa’ – Siti Nurhaliza
Jual kuih
Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, dia ada meminta izin daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun tiada jawapan diberikan.
Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini.
Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, dapat lah isi masa lapang. Seronok tau berniaga.
Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan.
Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Kata pelantun lagu Purnama Merindu itu lagi, suaminya mencadangkan untuk dia bersedekah sahaja kuih-muih tersebut.
Suami kata lebih baik sedekah, bagi dekat orang je kuih yang saya buat itu. Saya jawab la, yang sedekah lain yang berniaga lain.
Sebelum ini, Siti pernah berkongsi cerita sewaktu zaman kecil yang mana dia selalu membantu ibunya berniaga kuih di kampung.