Sering mempromosikan apa sahaja produk termasuk makanan di media sosial, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah tersenarai antara 100 selebriti paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Tahniah!
Menerusi Instagram Tokti, dia bersyukur kerana usaha kecilnya untuk membantu golongan yang terjejas ketika pandemik Covid-19 ini ternyata memberi manfaat kepada semua.
Thank you Forbes!
View this post on Instagram
Menerusi laporan Astro Gempak, Tokti memberitahu niat asalnya hanya untuk membantu mereka yang terjejas. Namun, siapa sangka ianya telah mendapat perhatian media antarabangsa iaitu Forbes. Oleh itu, Tokti bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak.
Menurut media antarabangsa Forbes, usaha Tokti membantu golongan terjejas dengan mempromosikan produk mahupun makanan mereka kepada lebih 8 juta pengikutnya di Instagram merupakan penyebab penyanyi itu disenaraikan sebagai 100 selebriti paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Di samping itu, Tokti turut aktif berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial tersebut.
Neelofa turut tersenarai
Selain Tokti, Neelofa juga merupakan selebriti Malaysia yang tersenarai antara 100 selebriti paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Manakala, selebriti luar negara yang turut tersenarai sama adalah kumpulan Blackpink, EXO, Amitabh Bachchan, Jay Chou dan Akshay Kumar.
Kesemua pemilihan itu dibuat berdasarkan kemampuan selebriti tersebut menggunakan pengaruh media sosial dalam meningkatkan kesedaran orang ramai selain menghulurkan bantuan ketika pandemik Covid-19 ini.
Sumber: Tokti & Astro Gempak