berita

Siti Nurhaliza & Suami Nafi Pernah Jadi Duta Produk Lebatkan Rambut – ‘Tolong Jangan Percaya!’

August 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu menggunakan nama dan video lamanya di Facebook.

Tolong jadi bijak!

Di Instagram, Siti tahu ramai individu yang keliru apatah lagi akaun-akaun ‘scam’ itu kelihatan seperti asli untuk menipu orang ramai.

Saya sudah banyak cakap pasal ini. Jangan percaya akaun yang menggunakan nama serta video saya. Mereka ulang pakai video ‘live’ lama saya untuk mengelirukan ramai dan menawarkan duit. Tolong jadi bijak dan waspada. Ya, ada saya baca mereka orang kampung mana tahu apa-apa, harap wang ditawar itu dapatlah tampung hidup. Jangan ingat itu akaun asli. Tolong jangan percaya dan tertipu.

Ujar Siti, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, tidak pernah terbabit dengan sebarang produk lebatkan rambut seperti yang viral di satu akaun Facebook.

Ada satu produk menggunakan gambar saya dan suami bagaimana tumbuh serta lebatkan rambut. Kami tak pernah pun menjadi duta mereka. Apapun yang disebut mengenai syampu itu tidak benar.

Jelas Siti, dia tidak mahu orang ramai mudah ditipu oleh ‘scammer’.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×