berita

Siti Nurhaliza Tak Peduli Tentang Nama Panggilan – ‘Kak Iti Boleh, Tokti Boleh, Bukan Masalah Besar’

May 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di Twitter apabila peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengkritik segelintir pihak yang menyapa idola mereka sebagai Tokti. Berikutan daripada isu tersebut, Tokti telah tampil dan menjelaskan bahawa beliau tidak kisah dengan apa sahaja sapaan yang diberikan buat dirinya.

Bukan masalah besar

Kalau pasal nak panggil tu pun jadi masalah, susah jugak tu. Takpalah apa-apa punlah. Kak Iti boleh, Tokti boleh. Itu bukan satu masalah yang besarlah kan.

Menurut Tokti, sapaan yang diberikan itu bukanlah satu masalah besar buat dirinya. Tambah Tok Ti lagi, beliau tidak suka perkara remeh menjadi isu yang sangat besar. Sebagai seorang anak seni, Tokti turut memberitahu bahawa dia akan menyekat mana-mana akaun yang melampaui batas.

Sebab tu saya tak suka sangat ‘carry’ perasaan, ‘carry’ minda saya dalam Twitter punya isu. Komen sikit-sikit tu tak apalah. Kalau melampau saya senang saja, terus sekat.

Menerusi laporan Harian Metro, Tokti turut mendedahkan dia kurang melayari Twitter berbanding Instagram dan jarang mengetahui isu atau kontroversi yang berlaku di Twitter berkaitan dirinya.

Saya kurang berada di Twitter berbanding di Instagram. Ini kerana Instagram ni orang-orang dia lebih memahami dan hormat sikit berada di rumah orang. Jadi sebab itu saya jarang tahu sikit apa yang terjadi di Twitter. Apabila saya nak muat naik nak beritahu mengenai sesuatu, baru saya masuk. Tak adalah hari-hari asyik tengok apa orang cakap mengenai saya. Sebab tu kadang saya banyak terlepas di Twitter punya isu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×