Foto: Rozisangdewi
Datuk Seri Siti Nurhaliza berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, semalam.
Artikel Berkaitan: 7 Tahun Berturut-Turut Siti Nurhaliza Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh
Siti pohon doa umrah berjalan lancar
Foto: Ctdk
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Siti memohon orang ramai dan peminatnya mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadah umrahnya.
Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat. Aminn ya rabb.
Ya Allah, kepadaMu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku dan pada mereka dalam hal akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Difahamkan, Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.
Video penuh
View this post on Instagram
Sumber: ctdk rozisangdewi