Pelakon Siti Saleha yang kini memasuki trimester ketiga kehamilan bakal mengadakan majlis ‘gender reveal’ mengikut adat budaya Jawa. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Saleha Kongsi Momen ‘Pregnancy Reveal’, Netizen Tumpang Gembira – ‘Bestnya Tengok Reaksi Diorang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Penat Itu Biasa Bagi Wanita Hamil’ – Siti Saleha Tak Alami Alahan

Jantina anak

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum memaklumkan dirinya bakal berkongsi jantina anak sulung di media sosial.

Bulan hadapan saya buat gender reveal.

Keluarga suami pula keturunan Jawa, jadi saya akan buat upacara mitoni (tradisi Jawa bagi merayakan kehamilan ibu).

Nanti saya akan kongsikan dalam media sosial mengenai jantina anak. Buat masa sekarang, saya rahsiakan dahulu.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada malam majlis pelancaran Muaz Exclusive Brand yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Persiapan barang bayi

Berkongsi lebih lanjut, aktres drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu berkata, dia masih belum memulakan barang persiapan menyambut kelahiran anak sulung.

Ujarnya lanjut, dia lebih memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan tubuh badan bagi pelancaran proses bersalin.  

Saya tak beli apa-apa lagi. Selepas habis menjalani penggambaran dua bulan lalu, saya hanya fokus berjalan dan minggu hadapan (minggu ini), saya akan ke Paris.

Hanya buat persediaan supaya lebih aktif.

Saya banyak berjalan dan bersenam sebab perlu push badan tetapi bukan secara melampau.

Saya bersenam banyak sebab nak senang bersalin.

Imbas kembali, Saleha mengesahkan berbadan dua selepas tular satu video seakan-akan ‘baby bump’ ketika mengenakan busana hitam di sebuah acara filem.

Sekadar info, Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.