berita

Siti Saleha Kecewa Masih Ada Lelaki Berfikiran Sempit

May 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Siti Saleha

Cerita pasal berfikiran sempit, bukan setakat lelaki, kalau dilihat dari aspek lain memang rakyat Malaysia masih ramai lagi yang minda mereka terkukup. Dari pandangan mata dunia, Malaysia sudah selari dengan negara-negara maju, tetapi rakyat masih lagi berfikiran kelas ketiga.

Tidak dapat dinafikan, itulah yang terjadi pada aktress, Siti Saleha yang menerima pelbagai kritikan dan kutukan dari pelbagai pihak terutamanya lelaki selepas dia bersikap terbuka dengan isu tuala wanita.

“Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.

“Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu.”

Adik kepada Sam Bunkface ini turut menegaskan bahawa lelaki sepatutnya mengambil tahu mengenai tuala wanita.

Screen Shot 2013-05-29 at 12.11.26 AM

Siti Saleha memang mempunyai paras yang cantik

“Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.”

Bagi OHBULAN!, apa yang dikatakan oleh Siti Saleha adalah benar, kenapa perlu mengutuk tindakannya? Tuala wanita adalah perkara biasa bagi kita. Ianya jadi luarbiasa jika ianya dikaitkan dengan perkara-perkara yang lain. Tak gitu?

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×