Seramai 13 orang saksi telah pun dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan mengenai kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap wanita bertatu dari Indonesia, Mandy Tattoo.
Artikel Berkaitan: Dakwa Diri Difitnah, Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis
Laporan polis telah dibuat
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan Mandy telah pun membuat laporan mengenai dakwaan tersebut kepada pihak polis lima hari sebelum Ebit membuat laporan polis.
Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Dia kemudian membuat satu lagi laporan penafian yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Setakat ini polis sudah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes itu.
Tambah Mohd Shuhaily lagi, telefon bimbit milik Mondy juga turut diambil bagi tujuan siasatan dan ia merupakan prosedur yang biasa dilakukan pihak polis.
Kita ambil telefon dia untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bagi siasat pengisian di dalamnya sama dengan apa yang diberitahu, masa kejadian dan lain-lain lagi.
Terdahulu, Mondy tampil membuat pendedahan yang agak mengejutkan ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast yang dikendalikan penyanyi rap, Caprice.
Antara pengakuan yang dibuat Mondy ialah dia mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual selepas ‘diselamatkan’ Ebit sewaktu di Indonesia beberapa bulan yang lalu.
Susulan itu, Ebit tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya sejurus selepas pulang dari Jeddah.
Sumber: Harian Metro