Di Instagram, penyanyi, Siti Sarah Raissuddin mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak keempat. Menurut Sarah, video yang dimuat naik itu telah dirakamkan pada 15 Februari lalu.
Permata nombor 4 bakal menyusul
Alhamdulillah syukur ya Allah. Alhamdulillah, permata no 4 bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way! Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan @shuibsepahtu.
Menurut Sarah, dia tidak sangka akan mengandung lagi selepas 6 tahun melahirkan Matin. Tambahnya, ramai orang sudah bertanya kepadanya mengenai hal tersebut. Namun, dia tidak berani untuk bercakap dan mendedahkannya kepada umum. Ini kerana, dia menunggu sehingga kandungannya itu benar-benar kuat.
Jelas Sarah, dia tidak mahu merasa tertekan di awal kehamilan tersebut. Oleh itu, dia memohon doa daripada semua masyarakat di luar sana agar kandungannya itu kekal sihat. Sarah turut mendoakan yang terbaik buat para ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan. Ujarnya, semoga Allah murahkan rezeki mereka untuk hamil dan jadi ibu.
Terima kasih ibu
View this post on Instagram
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur Ya Allah diatas kurniaan rezeki. Terima kasih ibu @sitisarahraissuddin. Doakan perjalanan anak ke-4 kami dipermudahkan. Amin.
Shuib yang merupakan suami kepada Siti Sarah kelihatan sangat gembira sebaik sahaja mengetahui bahawa isteri tercintanya kini sedang hamil anak keempat mereka. Ujar Shuib, setiap tahun mereka menanti rezeki tersebut namun tidak sangka, Allah memberikan hadiah yang paling bernilai buat mereka pada tahun ini.
Sumber: Siti Sarah & Shuib