berita

Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Turun 40

August 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan usahawan Shuib hilang kata selepas dimaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Tahap oksigen menurun

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata tahap oksigen Sarah turun mendadak hingga 40.

Sebelum masuk sesi zoom ni, doktor ada hubungi saya. Dia bagitahu kondisi Sarah sangat tidak baik. Oksigen dia menurun ke 40. Doktor dah cuba terbalikkan dia.

Shuib berkata demikian secara ringkas ketika majlis bacaan Yasin hari ketiga yang diadakan secara maya.

Mohon terus berdoa

Dalam pada itu, ayah kepada empat orang ni memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang sedang bertarung nyawa.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×