Beli barang online ni memang benda biasa sekarang ni. Semua benda boleh didapati online. Dari pakaian, barang keperluan harian, make-up hinggalah ke makanan pun boleh beli online tau! Scroll jelah dekat Instagram tu, banyak betul orang jual makanan. Tak ada yang mustahil tau kalau kita cakap pasal dunia online ni.
Admin pun selalu juga beli barang online. Rasa macam kasi hadiah kat diri sendiri je bila barang tu sampai hehe. Tapi admin lemahnya lah kalau nak beli barang from seller-seller private ni. Tak semua macam tu tapi ada lah jugak selalu ‘terkena’. Jom tengok situasi-situasi nak beli barang online ni kot-kot ada yang korang pernah kena jugak..
3 hari, 5 hari, 2 minggu tak sampai-sampai pun barang ni..
Bila beli barang online mesti korang berharap barang korang sampai cepat kan? Kalau boleh lepas bayar terus dapat! Tapi online tak work that way sister. Korang kena tunggu paling kurang pun 3 hari. Yang tu admin faham lah tapi yang lepas 2 minggu pun tak dapat-dapat lagi ni apa cerita? Kalau pre-order tu faham lah kan memang lambat..
Barang indah khabar dari rupa
Dalam Instagram atau website bukan main molek lagi admin tengok item tu. Tup.. tup bila dapat kat tangan, sedih! Material memang jauh beza lah dari yang diorang cakap. Lepas tu size dan warna pulak memang jauh beza!
Seller penipu
Walaupun dah banyak kes-kes scammer yang viral tapi masih lagi ada yang terkena kan? Kadang-kadang nak salahkan pembeli pun tak boleh jugak. Mana dia tahu seller tu penipu kan? Tengok macam okay je ada letak feedback semua. Tiba-tiba hilang lepas bayar.. hurm..
Kalau nak tahu harga, kenalah PM tepi!
Ini benda paling admin benci sekali. Kadang-kadang kita nak survey harga dulu sebelum beli dan whatsapp seller tu kan? Tapi tak ada harga, dah tu kita kena PM dia pulak. Lepastu, dah lah reply lambat bila orang tak beli dia marah kita pulak? Amboiiii.. kalau letak harga siap-siap kan senang..
Miscommunication (Nak lain dapat lain)
Menyampah betul kalau whatsapp dengan seller yang rude ni. Dah lah reply sikit-sikit, jawab nak tak nak je. Kadang-kadang kita dah siap screenshot kasi kat diorang, pun salah jugak. Tapi tak kisah lagi kalau salah dan dia nak pos yang betul. Ini tak, dah lah dia salah, dia marah kita, barang yang betul tak nak diposkan balik eh refund pun taknak kasi! Elok lah tu..
Jangan buang masa melayan karenah-karenah ni! Jom berbelanja kat Picksum!
Ini semua tak akan terjadi kalau korang berbelanja dengan Picksum. Barang yang dijual memang berkualiti tau! Kalau korang nak tahu, Picksum ni merupakan platform yang hanya menjual produk-produk tempatan sahaja. Senang cerita Picksum ni macam one-stop shopping site untuk beli barangan jenama tempatan yang cool & trendy.
Dengan Picksum, ia adalah peluang untuk peniaga-peniaga tempatan ni meluaskan perniagaan diorang. Lagi-lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Korang boleh support mereka dengan membeli-belah dekat Picksum ni!
Bukan pakaian je yang ada, kosmetik, aksesori dan barangan penjagaan harian pun ada. Tak perlu pening-pening kepala, website Picksum ni user-friendly. So korang tak serabut fikir mana nak tekan, mana nak tengok shopping cart korang semua.
Jom usha local product apa yang ada kat Picksum ni!
Ha best gila kan? Bukan biasa-biasa produk yang ada kat Picksum ni! Admin pun tak sangka semua ni local product dan bukan ada ni je, ada banyak lagi produk dekat website ni yang korang kena usha sendiri.
Yang paling best.. kalau korang beli sepanjang bulan April ni, penghantaran semua percuma!! Korang hanya bayar harga barang tu je! Jimat banyak tu. So korang cepat-cepat beli barang dekat Picksum ni. Dah lah banyak pilihan menarik yang boleh dibeli, takde delivery charges pulak tu. Amboi-amboi..
Korang boleh layari website Picksum disini!