berita

SKMM, PDRM Tahan 6 Individu Sebar Berita Palsu Koronavirus

January 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koravirus di negara ini.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, seorang wanita yang merupakan kerani sebuah bank di Kuantan, Pahang, ditahan oleh pihak selepas dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

Rampas telefon bimbit dan kad sim

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), wanita itu merupakan individu keenam yang ditahan sebaik sahaja pihak suruhanjaya bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras penyebaran berita palsu berhubung koronavirus yang sedang berlaku. Tambah SKMM, telefon dan kad sim milik wanita itu turut dirampas.

Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim miliknya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan itu di laman Facebook. Dia disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sudah menahan lima orang individu

Sebelum ini, Free Malaysia Today turut melaporkan bahawa lima orang individu turut ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan yang sama. Kesemua individu tersebut ditahan semasa serbuan dijalankan secara berasingan iaitu di Melaka, Kedah dan Pahang. Di Alor Setar, Kedah, seorang tutor disyaki memuat naik kandungan palsu di akaun Facebooknya.

Dalam operasi yang dijalankan di antara jam 11 pagi hingga 5 petang hari ini, polis dan SKMM menahan suspek-suspek terlibat untuk merakam keterangan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed juga memberitahu bahawa satu kertas siasatan melibatkan empat pemilik akaun Facebook iaitu Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original) telah dijalankan. SKMM dan PDRM turut mengingatkan masyarakat bahawa mereka akan mengambil tindakan segera jika masih terjadinya kes penularan berita palsu di negara ini.

Sumber: Harian Metro & Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×