berita

Slime Melekat Pada Rambut, Ibu Reda ‘Botakkan’ Kepala Anak Perempuan – ‘Saya Emaknya Nak Tercabut Otak’

March 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sebagai seorang ibu, banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan mereka setiap hari. Bukan sahaja perlu menguruskan anak-anak tetapi terpaksa melayan bermacam-macam kerenah mereka yang tidak menentu. Bayangkan, tidak sampai seminit tinggal sendirian, pasti ada sahaja ‘projek’ yang si kecil lakukan.

Slime melekat dekat rambut

Baru-baru ini, seorang ibu ada berkongsi satu video di TikTok memaparkan gelagat lucu anak perempuannya yang cemas gara-gara sebahagian rambutnya melekat pada permainan slime. Menerusi video tersebut, kedengaran wanita ini bertanya kepada anak perempuannya yang dikenali dengan nama Juwita bagaimana slime tersebut boleh melekat pada rambutnya namun pertanyaannya itu tidak dijawab.

Jika dilihat dari video pendek tersebut, slime berwarna putih itu sudah melekat hampir menutupi rambut bahagian atas. Untuk menanggalkan slime tersebut dari rambut, wanita ini nekad untuk ‘membotakkan’ kepala Juwita.

Video yang dikongsikan telah mendapat 5.7 juta tontonan di TikTok. Sementara di ruangan komen, ada di antara para ibu berkongsi tips bagaimana cara untuk menanggalkan slime tersebut tanpa perlu menggunting rambut atau membotakkan kepala. Namun wanita ini mendakwa sudah terlambat untuk mencuba kesemua tips yang diberikan kerana dia sudah pun ‘membotakkan’ kepala anaknya itu.

Video

Komen

Sumber: Ezzeyanti 

SKIP THIS AD ×