
Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui soal perkahwinan tidak menjadi keutamannya pada ketika ini apabila dia memilih untuk menunggu keputusan rasmi mahkamah berkaitan prosiding pengesahan lafaz rujuk yang didakwa melibatkan bekas suaminya, Datuk Red.
Artikel Berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan, Kes Pengesahan Rujuk Datuk Red Terhadap Adira Tangguh
Artikel Berkaitan: Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira
Selesaikan urusan mahkamah

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Adira Suhaimi berkata prosiding yang masih berlangsung membuatkannya lebih berhati-hati sekali gus memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada penyelesaian kes tersebut.
Saya macam mana nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah.
Kena selesaikan semua ini (prosiding mahkamah) ini duhulu.
Adira yang juga ibu kepada empat cahaya mata mengakui proses perundangan itu akan memakan masa yang lama.
Bagaimanapun, Adira berkata dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya agar ia selesai.
Siapa yang tak penat turun naik mahkamah?
Tapi saya anggap ini memang prosesnya. Doakan semuanya dipermudahkan.
Ketika ditanya mengenai hak penjagaan anak-anak, Adira berkata hak hadanah diberikan sepenuhnya kepadanya selain mendedahkan Datuk Red masih belum menyuarakan hasrat untuk membawa anak-anak bermalam sejak berkahwin semula.
Insya-Allah. Setakat ini belum ada permintaan seperti itu. Kalau ada pun, semuanya perlu dibincangkan terlebih dahulu.
Mengulas lanjut, Adira berkata meskipun dia belum bertentang mata dengan isteri baharu bekas suaminya nakun dia masih terbuka untuk berjumpa dengannya.
Terdahulu, Datuk Red dilaporkan selamat bernikah buat kali keempat dengan wanita pilihannya, Rohanita, di sebuah masjid.
![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)




![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


