Pelakon Erwin Dawson kini bergelar suami kepada pilihan hatinya, Lee Suxiu Solleha Bazilah dalam satu majlis akad nikah di Singapura, pada Rabu.
‘Isteri tak tahu pun saya seorang pelakon’
Ketika ditemu bual OhBulan!, Erwin, 35, memberitahu dia mengenali isterinya, 29, menerusi laman sosial, TikTok dan Instagram (IG) sejak Februari tahun lalu.
Pada awalnya, isteri ada komen dalam satu sesi siaran langsung di TikTok dan kemudiannya, kami berbalas mesej dalam IG sebelum bertemu. Secara jujurnya, isteri saya tidak tahu pun saya seorang pelakon.
Bercerita dengan lebih lanjut, Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson akui dia terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga kerana tertarik dengan perwatakan isterinya yang penyabar, baik dan lemah lembut.
Saya beritahu, saya tak nak dating. Kalau boleh nak terus nikah. Jadi kami berbincang dan bulan lepas baru kami buat keputusan untuk bernikah. Dalam sebulan sahaja kami uruskan semua.
Keluarga saya sangat gembira, mereka suka layan isteri saya.
Apabila ditanya soal zuriat, Erwin berkata dia dan isteri tidak merancang untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat.
Soal zuriat, saya rasa setahun atau dua tahun selepas kita dah enjoy as a couple.