berita

Solat Hajat, Bacaan Yasin & Doa Selamat Selama 40 Hari Di Kelantan

November 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan solat hajat dilakukan selama 40 hari bermula 17 November 2020.

Selain solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat turut diadakan. Arahan ini terbuka kepada semua masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh negeri itu.

Selama 40 hari

Menerusi satu kenyataan, Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, masjid-masjid yang terletak dalam kawasan disahkan terdapat kluster Covid-19 dikecualikan daripada arahan tersebut.

Pendekatan ini diambil memandangkan sejak akhir-akhir ini berlakunya peningkatan dalam kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan menyebabkan MAIK memutuskan untuk diadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Selain itu, majlis akad nikah yang diadakan di masjid juga hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang.

Tambahnya lagi, usul berkenaan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di seluruh masjid ini mendapat perkenan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

Kata beliau, semoga dengan segala usaha dan langkah yang diambil ini akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga wabak Covid-19 yang sedang mengancam negara hari ini segera berakhir.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×