Foto: Asia Nikkei
Solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun akan diadakan di Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul.
Artikel Berkaitan: Kembali Jadi Masjid Selepas 86 Tahun, Ini Sejarah Hagia Sophia Yang Dibina Pada Empayar Byzantine
Artikel Berkaitan: Berusia Seribu Tahun, Pernah Menjadi Muzium. Ini Fakta Menarik Gereja Chora Bakal Jadi Masjid Di Turki
Pelbagai acara untuk bulan Ramadan
Foto: Telegraph India
Memetik laporan Agensi Anodulu, beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid bersejarah tersebut, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.
Pada 2020, kerajaan Turki menukarkan status bangunan ikonik tersebut kepada masjid yang sebelumnya berfungsi sebagai muzium.
Walau bagaimanapun, masjid itu tidak digunakan kerana pandemik Covid-19 yang melanda Turki untuk mengelak risiko jangkitan.
Pihak berkuasa Turki, memutuskan untuk membuka semula masjid tersebut pada bulan Ramadan selepas kebanyakan penduduk sudah divaksin dan jumlas kes baharu dan kematian dilaporkan semakin menurun.
Sejarah panjang Hagia Sophia
Foto: Holeinthedonut
Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Selepas itu ia digunakan sebagai gereja untuk 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.
Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun.
Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Hagia Sophia menjadi antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Sumber: Agensi Anodulu