berita

Kembali Jadi Masjid Selepas 86 Tahun, Ini Sejarah Hagia Sophia Yang Dibina Pada Empayar Byzantine

July 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Hagia Sophia mula menjadi perbualan ramai apabila Mahkamah Tinggi Turki memutuskan bangunan ikonik itu akan dibuka semula menjadi sebuah masjid. Mungkin ramai antara kita kurang tahu mengenai sejarah Hagia Sophia yang terletak di Istanbul, Turki ini. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Hagia Sophia ini buat kita semua.

Bangunan ikonik sejak kurun ke-6

Hagia Sophia menurut bahasa Yunani membawa maksud kebijaksanaan dari Tuhan. Bangunan ikonik di Istanbul ini dibina sejak kurun ke-6 lagi (sekitar 532 hingga 537 M). Ketika itu dibawah pemerintahan Byzantine, empayar Justinian I. Struktur bangunan yang dibina Byzantine ini dianggap terpenting dalam empayar itu dan diiktiraf menjadi salah satu momumen terbaik dunia.

Hagia Sophia dibina dengan mengambil masa selama 6 tahun. Sepanjang tempoh pembinaan dijalankan, bangun ini sering bertukar nama dan pernah dikenali sebagai Anthemius of Tralles dan Isidorus of Miletus. Pada asalnya, bangunan ini merupakan pusat Kristian Ortodoks dan menjadi gareja selama berabad.

Pembinaan dome yang terbentuk itu disaluti dengan batu guli (marble) bagi menampakan kecantikan dalaman bangunan ini. Bahagian atas dome juga dihiasi dengan bingkaian tingkap kaca untuk memberi pengaliran udara masuk ke dalam bangunan.

Masjid pertama di Istanbul

Kerajaan Uthmaniyah

Pada 1453, Hagia Sophia menjadi masjid buat penganut agama Islam untuk bersolat dan menjalankan aktiviti keagamaan. Ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah menawan Istanbul. Kerajaan Uthmaniyah di bawah kekuasaan Sultan Mehmed II menguasai Konstantinopel dan mengganti nama itu kepada ‘Istanbul’, secara tidak langsung berakhirlah tempoh pemerintahan Byzantine buat selamanya.

Kumpulan arkitek Uthmaniyah menghapuskan dan menutup segala simbol Kristian yang terdapat di dalam bangunan itu. Mereka juga telah menambah empat struktur menara. Tahun 1616 menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid pertama yang dibina di dalam wilayah Istanbul.

Kemudian, pada tahun 1934 bangunan tersebut telah diubah menjadi sebuah muzium dan galeri. Hagia Sophia menjadi ‘rumah’ buat Gereja Ortodoks Timur selama hampir 900 tahun di negara itu.

Hagia Sophia menjadi muzium

Mustafa Kemal Ataturk

Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah pada 1918 ekoran Perang Dunia 1, presiden pertama republik sekular iaitu Mustafa Kemal Ataturk memerintah agar Hagia Sophia menjadi muzium. Pada 1935 setelah dibuka menjadi muzium, Hagia Sophia mendapat ramai pengunjung dari pelusuk negara.

Pada 2019, Presiden Recep Tayyip Erdogan pernah menyatakan hasrat untuk mengambil kembali Hagia Sophia itu sebagai masjid. Akhirnya, 2020 ini menyaksikan Mahkamah Tinggi Turki meluluskan Hagia Sophia dibuka sebagai masjid ekoran pengemukaan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934.

Terbaru, ketua Gereja Ortodoks Timur dan pemerintah Yunani menentang langkah Turki mengubah status Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid semula. Hal ini adalah kerana bangunan tersebut telah dianggap sebagai rumah untuk pengikut Ortodoks setelah sekian lama.

Sumber: OkeMuslim, Encyclopedia Britannica, Kumparan

SKIP THIS AD ×