Sebelum ini, Hagia Sophia di Turki menjadi perhatian dunia apabila bangunan ikonik dibuka semula menjadi sebuah masjid. Hagia Sophia menjadi Gereja Ortodoks Timur selama hampir 900 tahun. Terbaru, Gereja Chora yang terletak di Turki pula akan bertukar menjadi masjid oleh Presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdogan.
Artikel berkaitan: Kembali Jadi Masjid Selepas 86 Tahun, Ini Sejarah Hagia Sophia Yang Dibina Pada Empayar Byzantine
Mungkin ramai antara kita kurang tahu mengenai info Gereja Chora ini. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Gereja Chora buat kita semua.
Berusia lebih seribu tahun
Bangunan Gereja Chora yang terletak di Istanbul, Turki itu telah berusia 1,000 tahun hampir sama dengan usia Hagia Sophia. Lokasi spesifik bangunan itu terletak di tebing barat muara Golden Horn di sebelah bahagian Eropah di Istanbul.
Bangunan ikonik ini telah dibina pada zaman Byzantine yang pernah menguasai Istanbul suatu ketika dahulu. Struktur asal bangunan itu dibina oleh Holy Theodus pada tahun 534 di era pemerintahan Justinian. Di dalam gereja tersebut terdapat lukisan pada dinding dan mozek mengenai kisah alkitab era Byzantine sekita abad ke-14.
Pada tahun 1453, sewaktu kota Istanbul dikuasai kerajaan Uthamniyah, mereka menutup semua lukisan yang terdapat di dalam gereja tersebut. Kemudian, bangunan tersebut dibuka menjadi sebuah muzium oleh pemerintah Turki selama lebih 70 tahun yang lalu.
Tukar menjadi Kariye Camii
Nama asal gereja ini adalah The Holy Saviour in the Country membawa maksud Gereja Penyelamat Suci di Negara ini. Pada awal abad ke-12, bangunan itu pernah mengalami keruntuhan dan hanya sebahagian sahaja. Dipercayai adalah disebabkan oleh bencana alam iaitu gempa bumi.
Setelah 50 tahun usia bangunan itu, selepas kerajaan Uthamniyah menakluki kota tersebut, Wazir Agong Sultan Bayezid II memerintahkan supaya Gereja Chora itu berubah menjadi masjid. Dari nama The Holy Saviour in the Country bertukar menjadi Kariye Camii.
Dibuka sebagai muzium
Pada 1945, Kariye Camii ditukarkan oleh pemerintah negara menjadi sebuah muzium atas sokongan Kementerian Pelajaran negara Turki. Seorang penaja program pemulihan dari Amerika iaitu Thomas Whittemore dan Paul A. Underwood dari Institusi Byzantine Amerika. Sejak dari tahun itu, bangunan tersebut tidak lagi berfungsi sebagai masjid, tempat beribadat Muslim.
Manakala, pada 1958 pula secara rasminya bangunan itu dibuka sebagai muzium untuk kunjungan ramai.
Gereja pertama jadi masjid
Pada 21 Ogos 2020, Presiden Turki telah menandatangani pengisytiharan menukar bangunan Gereja Chora itu kepada masjid bagi umat Islam. Gereja Chora ini merupakan gereja pertama yang ditukar menjadi masjid. Bagaimanapun, keputusan Erdogan itu sedikit sebanyak menambah ketegangan di Turki dan negara jiran iaitu Greek dan gereja-gereja lain.
Kementerian Luar Greek menyifatkan keputusan itu sebagai satu provokasi terhadap orang-orang beragama oleh pemerintah Turki. Bagaimanapun, Presiden Turki belum lagi mengumumkan solat pertama yang bakal diadakan di Gereja Chora itu.
Sumber: News detik, sindonews, Media Indonesia, Princeton