berita

SOP Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) Di Semua Negeri Kecuali Pahang, Perlis & Kelantan

November 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Hal ini berikutan kes Covid-19 yang dilihat semakin meningkat di Malaysia. Pelaksaan ini akan membolehkan pihak Kementerian Kesihatan memantau lebih terperinci dan mengurangkan pergerakan agar tiada jangkitan luar.

Aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan

Berikut adalah di antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Selangor di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan mulai 9 November hingga 6 Disember.

1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.

2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.

3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan. Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan. Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.

5. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

6. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

7. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

Maksimum hanya 2 orang satu kereta

8. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

9. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

10. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

11. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

13. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

14. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

15. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentasdaerah dan negeri.

Segala aktiviti hiburan tidak boleh beroperasi

16. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

17. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

18. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

19. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

20. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

21. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

22. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

23. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Setakat hari ini, negeri Pahang, Perlis dan Kelantan di bawah SOP Perintah Kawalan Permulihan. Sebarang perubahan tertakhluk kepada pindaan daripada pihak berkuasa tempatan.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×