berita

‘SOP Untuk Hari Raya Aidilfitri Masih Dikaji & Bakal Diumumkan Kelak’ – MKN

April 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media Menteri Kanan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa prosedur operasi standard untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri masih dikaji dan bakal diumumkan kelak.

Akan diumumkan kelak

Menurut Ismail Sabri, pihak JAKIM dan KKM masih mengkaji prosedur operasi standard untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri  yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, beliau akan memaklumkan kepada umum kelak.

Jakim masih memperbaik SOP bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Nasional. InsyAllah, setelah selesai kami akan mengumumkannya dalam waktu terdekat. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan semua orang untuk mengawal diri dan mengelakkan tempat yang sesak. Gaya hidup kita telah berubah, jadi kita harus menyesuaikan diri dengan yang baru.

Tambah beliau lagi, beberapa berita berkaitan SOP Aidilfitri yang viral hari ini adalah palsu.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×