Sejak kebelakangan ini, timbul isu membabitkan pelakon tanah air mengenai dakwaan pelakon junior dibuli oleh pelakon senior di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Banyak Terima Komen Lucah & Maki Hamun’ – Sophia Albarakbah Simpan Bukti, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang
Artikel Berkaitan: Filem Komedi Seram ‘Saka Perawan’ Bakal Gegarkan Pawagam Bermula 27 Jun Ini!
Layanan baik
Mengulas mengenai perkara itu, aktres Sophia Albarakbah, 31, berpendapat isu tersebut timbul mungkin disebabkan pendatang baharu tidak pandai membawa diri mereka.
Katanya, jika pelakon baharu melayani dan menyantuni pelakon senior dengan baik, pasti mereka akan mendapat layanan yang sama.
Bagi saya sebagai pelakon junior, kitalah yang kena mulakan dulu. Pengalaman saya awal-awal dulu pun ada rasa takut nak jejakkan kaki ke set, risau memikirkan bagaimana layanan pelakon senior, adakah mereka sombong dan sebagainya.
Tapi bila saya mulakan langkah dengan menengur mereka, ternyata mereka sebenarnya mudah didekati dan langsung tak sombong.
Kita sebagai orang baru dan muda, kenalah tunjukkan rasa hormat terlebih dulu kalau nak mereka melayani kita dengan baik.
Sophia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan dua episod akhir drama From Saga With Love 2 terbitan VIU Malaysia yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Tak pernah dibuli
Dalam pada itu, Sophia bersyukur tidak pernah dibuli sejak pembabitan dirinya dalam industri.
Sepanjang pengalaman saya, tidak ada lagi kes buli daripada artis senior. Setakat ini apa yang saya lalui kebanyakkan daripada mereka tidak lokek memberikan tunjuk ajar.
Tapi selama berada dalam industri, jujur saya tak pernah lalui pengalaman seperti dikongsikan seorang pelakon baru baru-baru ini.
Kongsi Sophia lagi, pelakon senior sering berkongsi ilmu lakonan dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Antaranya Datuk Fauziah Nawi, Vanidah Imrah, Tony Eusoff, Datuk Seri Eizlan Yusof, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Ahmad Idham dan ramai lagi.
Saya tak rasa pelakon senior akan membuli, saya yakin mereka pun tak nak disebabkan perlakuan itu konsentrasi pelakon lain terganggu hingga menjejaskan penggambaran. Mungkin ada yang sekadar mengusik dan bergurau, janganlah cepat terasa.
Banyak manfaat yang kita boleh dapat daripada pelakon senior, banyak ilmu boleh kita kutip dari mereka. Jangan bazirkan kehadiran mereka di situ. Sebenarnya kitalah yang kena belajar hormatkan mereka itu saja, maka tidak akan timbul isu buli dan sebagainya.