berita

Sophia AlBarakbah Tidak Muncul Di Sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismillah

February 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah iaitu Sophia AlBarakbah tidak muncul di saat-saat akhir meskipun sudah menyatakan persetujuan untuk hadir dalam sesi sidang media hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Sophia & Aliff Tidak Ada Apa-Apa Hubungan, Mereka Bercinta Dalam Lakonan Sahaja’ – Pengarah

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia Albarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz

‘Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran’

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil produksi dikenali Farid yang memberitahu ketidakhadiran Sophia adalah berpunca daripada pertukaran jadual dan pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor. Dalam pada itu, Farid memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia pada esok.

Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu teruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini.

Difahamkan, ketidakhadiran Sophia pada sesi sidang media hanya dimaklumkan kurang 15 minit sebelum majlis bermula. Malah hero drama berkenaan, Aliff Aziz muncul lebih awal dan bersikap profesional apabila menepati janjinya.

Kira-kira 20 media hadir bagi mempromosikan drama arahan Osman Ali itu sekali gus berharap agar kedua pelakon ini menjawab isu kontroversi membabitkan mereka.

SKIP THIS AD ×