berita

‘Sophia & Aliff Tidak Ada Apa-Apa Hubungan, Mereka Bercinta Dalam Lakonan Sahaja’ – Pengarah

February 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama pelakon baharu iaitu Sophia AlBarakbah semakin menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas terkait dengan kontroversi yang mendakwa dia menyukai suami orang yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Geram Ingin Ganyang Heroin Drama Yang ‘Tersuka’ Aliff Aziz – Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Kat Set?’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!

‘Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka’

Baru-baru ini, pengarah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah iaitu Osman Ali memberitahu bahawa dia tidak mahu menuduh sesiapa berhubung pendedahan oleh isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang mendakwa seorang aktres mengaku tersuka suaminya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Osman berkata, kedua-dua pelakon iaitu Sophia dan Aliff hanya melakonkan watak secara profesional di set penggambaran malah kemesraan yang dipamerkan mereka hanyalah atas dasar kerja.

Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri. Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja.

Dalam masa yang sama, Osman menafikan bahawa kontroversi berkenaan adalah untuk publisiti drama.

Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×