Pelakon Sophia Albarakbah gembira dengan sambutan drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
‘Alhamdulillah, saya tak sangka dapat sambutan’
Ketika ditemui OhBulan!, Sophia bersyukur kerana respon daripada penonton amat luar biasa. Kata Sophia, 30, usaha keras seluruh produksi untuk menyiapkan drama ini membuahkan hasil yang berbaloi.
Alhamdulillah. Saya tak sangka dapat sambutan begini. Sejujurnya, it’s a bit of rushing kerana kami masih dalam penggambaran dan drama ini sudah menemui penonton. Masih ada dua minggu baki penggambaran kami.
Saya gembira kerana setakat ini respon daripada orang ramai sangat positif. Bagi saya, kami sudah lalui macam-macam. Sehari dapat tidur empat atau lima jam tidur saja. Semua pelakon, kru dan pengarah bekerja kuat untuk drama ini. Harap orang ramai dapat menyokong drama ini sehingga tamat disiarkan.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia terganggu dengan apa-apa yang berlaku, jawabnya tidak.
Saya tidak terganggu. Saya rasa semua orang bekerja dengan profesional. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja kerana semua orang bersikap profesional. Semua orang fokus dengan kerja. Tak ada orang cakap pasal lain. Work is work.
Sementara itu, pihak pengurusan memberitahu akan menjelaskan hal terperinci sejurus usai penggambaran.