berita

Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Peti Ais

October 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Siberia, Rusia, seorang gadis yang dikenali sebagai Anastasia, 14 tahun, bertindak meletakkan bayi yang baru sahaja dilahirkan ke dalam peti sejuk kerana takut dimarahi oleh ibu bapanya.

Tiada siapa yang tahu

Foto: Mirror UK 

Lapor Mirror UK, Anastasia ketika itu sudah mengaku akan segala tindakannya kepada doktor ketika dia sedang mendapat rawatan awal di dalam ambulans. Ketika kejadian, Anastasia melahirkan anaknya secara bersendirian dan tiada siapa yang membantunya ketika itu.

Takut dengan apa yang telah terjadi, dia bertindak untuk ‘menyimpan’ anaknya ke dalam peti sejuk dan bayi tersebut dibiarkan sehingga mati. Tambahan pula, dia juga langsung tidak menceritakan kejadian tersebut termasuk ibu bapanya sendiri.

Bayi tersebut telah diletakkan ke dalam beg plastik terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke peti sejuk yang terletak di garaj.

Sudah terlambat

Foto: Mirror UK 

Ibu Anastasia ketika itu bertindak memanggil ambulans setelah mendengar anaknya mengerang kesakitan pada malam itu. Namun, ibunya menganggap itu hanya penyakit apendiks yang dihidapi oleh Anastasia. Setibanya ambulans di rumah mereka, Anastasia menceritakan perkara yang sebenar, namun sudah terlambat kerana bayi tersebut telah meninggal dunia akibat kesejukan.

Kini, Anastasia sedang dirawat di hospital. Sebelum ini, jirannya pernah bertanyakan kepada ibu Anastasia, adakah anaknya sedang mengandung namun ibunya ketika itu menafikan perkara tersebut.

Bukan mengandung, tapi beratnya sedang naik.

Sumber: Mirror UK 

SKIP THIS AD ×