Sudah mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, pelakon ‘Jejak Karmila’ iaitu Mia Ahmad dilihat lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen.
Nampak tenang dan bahagia
Menerusi posting di Instagram, isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini kelihatan tenang dan tampak bahagia selepas menjalani fasa penghijrahan.
Sering berpakaian longgar dan bertudung labuh tatkala memuat naik foto di media sosial, penampilan sopan Mia Ahmad sentiasa mendapat pujian dan sokongan peminat serta netizen. Menurut Mia, dia mengubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik.
Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Sorry, I dress for Allah. Ada yang cakap I tak akan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua. Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.
Ujar Mia, untuk terus istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah namun, dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.
Sumber: Mia Ahmad