berita

‘Sorry Ya, Saya Perempuan Tulen & Dah Ada 2 Anak’ – Eina Azman

March 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sering memuat naik video dan foto di Instagram, pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman menerima pujian daripada netizen kerana bijak mengekalkan kejelitaan wajah dan sosok tubuh yang langsing. Walaupun sudah mempunyai dua anak, netizen kagum dengan rutin harian pelakon tersebut untuk tampak cantik sentiasa.

Namun begitu, masih ada segelintir netizen meninggalkan komen yang seakan-akan membandingkan sosok tubuh pelakon itu dengan salah seorang usahawan kosmetik terkenal. Siapa agaknya?

Slowly but surely

https://www.instagram.com/p/B9OfRJJjiIu/

Menerusi Instagram Eina Azman, dia memuat naik satu video di mana dia sedang merakam bentuk badannya selepas melakukan senaman. Menurut kapsyen Eina pula, dia seolah-olah memberitahu netizen agar jangan berhenti melakukan senaman sehingga mereka sendiri berasa gembira melihat hasilnya. Tambahnya, walaupun hasil tersebut akan mengambil masa yang agak lama.

Di ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai komen positif buat pelakon tersebut. Namun, ada juga di antara mereka yang membandingkan sosok tubuh pelakon itu dengan seorang usahawan kosmetik terkenal di Malaysia. Lebih mencuri tumpuan, komen tersebut dibalas semula oleh Eina Azman sendiri.

Saya perempuan tulen

Sumber: Eina Azman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×