berita

Spanar Jaya Kembali Cuit Hati Penonton, Throwback Habis!

February 19th, 2019 | by Arini Saleh
Shout Out!

Kami pasti ramai yang masih ingat sitkom komedi Spanar Jaya suatu ketika dahulu kan? Gelagat lakonan Ahmad Idham dan Opie Zami sebagai mekanik kereta yang melucukan buat ramai terhibur. Malah, sitkom ini memaparkan pelbagai isu semasa untuk pengajaran ramai. Waktu itu memang tak sah kalau tak melekat depan TV!

Selepas 20 tahun, Spanar Jaya kini kembali! Mengekalkan pelakon berbakat seperti Opie Zami dan Ahmad Idham, Spanar Jaya X turut menampilkan Uqasha Senrose, Ben Amir, Douglas Lim, Sangeeta dan ramai lagi.

Throwback 20 tahun Spanar Jaya

Dibintangi Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Sharifah Sofia dan ramai lagi pelakon yang hebat, rancangan ini menjadi salah satu sitkom paling diminati sekitar tahun 1999.

Mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan. Spanar Jaya turut memaparkan kisah percintaan Iskandar, pemuda lulusan universiti luar negara yang lebih memilih kereta dari cinta.

Selain itu, ragam lucu Mat Rock lakonan Opie Zami dan ‘drama’ bengkel Spanar Jaya 20 tahun lalu pasti membuatkan penonton rindu dan ternanti-nanti kemunculan semula di kaca TV.

‘Ini harta Mat Rock yang punya’

https://www.youtube.com/watch?v=bC2-YoDbxyw

https://www.youtube.com/watch?v=eiK4m80pYyY

https://www.youtube.com/watch?v=zQmN60cVOVs

Mula ditayangkan pada 2 Februari lalu, comeback Spanar Jaya X ini mendapat respon yang positif daripada penonton. Ramai yang mula mengimbas kembali kenangan kehebatan sitkom ini sekitar tahun 1999 sehingga 2005 dahulu.

Reunion Spanar Jaya!

Rata-rata memberi pujian hebat kepada pelakon, pengarah dan penerbit yang mampu mengekalkan originaliti Spanar Jaya seperti dahulu.

Walaupun Allahyarham Zaibo yang melakonkan watak Pak Selamat sudah tiada, jalan cerita masih mampu dihidupkan seolah-olah Allahyarham masih ada. Terbaik!

Jangan lupa saksikan

Jadi, jangan lupa saksikan Spanar Jaya X yang bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam hanya di TV3! Bagi yang tidak berpeluang menonton di kaca TV, anda boleh ke youtube TVMalaysia atau ke www.tonton.com.my untuk tonton secara live streaming.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×