Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Kita sebagai hambaNya harus sabar dan reda akan ujan yang mendatang. Seperti perkongsian Eiqa Orenieqa, di Facebook, menceritakan nasib seorang pemilik motosikal yang ‘meluahkan’ rasa sedih apabila pump brake motosikalnya telah hilang dicuri.
Kejadian tersebut berlaku di Trefoil, Setia Alam. Kesian!
Nota di motosikal
Foto: Eiqa Orenieqa
Terima kasih pencuri. Moto ni rosak dah lama park dekat sini. Saya takde duit, tak cukup nak repair. Kerja pulak hilang akibat Covid-19. Saya buat macam-macam kerja nak survive sambil kumpul duit nak repair moto. Awak senang kerja curi spare part motor sedangkan orang lain setengah mati nak kumpul duit. Saya mohon pulangkan balik. Saya tak mampu.
Menerusi nota tersebut, pemilik motosikal itu meluahkan rasa sedih dan ‘kecewa’ apabila pencuri tersebut bertindak mencuri pump brake motosikalnya. Jelasnya lagi, motosikal tersebut sudah rosak dan tidak bergerak ke mana-mana. Lagi menyedihkan, apabila dia sudah kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.
Dia turut mengecam tindakan pencuri itu yang seolah-olah membuat kerja ‘senang’ di saat orang lain sedang bertungkus lumus mencari duit. Pada akhir nota tersebut, dia meminta supaya pencuri itu memulangkan semula barangan yang telah dicuri
Bahagian yang dicuri
Melalui nota tersebut, pemilik motosikal tersebut tidak menceritakan dengan jelas bahagian mana yang telah dicuri. Namun, hasil tekaan warganet, mereka beranggapan pump brake telah dicuri. Tambahan pula, harga bagi barangan tersebut agak mahal dan mempunyai nilai yang tinggi jika dijual semula.
Kesian!
Menerusi ruang komen, rata-rata warganet simpati akan nasib yang menimpa pemilik motosikal tersebut. Tidak berakhir di situ, mereka turut mengecam tindakan pencuri tersebut.
Sumber: Eiqa Orenieqa via Jabatan Netizen Negara