Sebut je Spicy Korean Burger, kami yakin mesti ramai yang excited dan tak sabar menanti kemunculannya. Mana taknya, burger ala Korea daripada McDonald’s ni memang bikin ketagih dari dulu tau.
Mula diperkenalkan pada tahun 2017, burger limited edition ini boleh dikatakan terus menjadi fenomena di Malaysia sehingga sekarang. Tahun ini, Spicy Korean Burger kembali lagi sempena kempen ‘Discover The World’.
Sama seperti tahun sebelumnya, kempen ‘Discover the World’ terus komited membawakan kemeriahan suasana dan cita rasa istimewa dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ke restoran McDonald’s seluruh negara.
Dua pilihan yang sentiasa jadi rebutan
Kalau korang nak tahu, Spicy Korean Burger ada dua pilihan iaitu kepingan ayam rangup dan daging digril. Kedua-duanya diperisakan dengan sos pedas Korea yang menjanjikan sensasi rasa pedas menyengat yang benar-benar memukau.
Tak cukup dengan itu, selera korang akan bertambah onz sebab Spicy Korean Burger turut dihidangkan bersama sayur-sayuran, kepingan keju meleleh, bawang yang digril, dan diapit dengan roti ban arang berwarna hitam. Memang unik habis!
Jom nikmati Spicy Korean Burger di ‘Seoul’!
Bagi menghangatkan lagi mood ala Korea tu, kami nak ajak korang semua berkunjung ke McDonald’s Putrajaya bermula 21 Julai 2020 sehingga 12 Ogos 2020 untuk nikmati hidangan lazat Spicy Korean Burger sambil enjoy suasana seakan di ‘Seoul’.
Jangan risau sebab ianya benar-benar realiti! Team OHBULAN! pun dah turun padang sendiri ke sana tau. Apa yang mengejutkan, seluruh McDonald’s Putrajaya telah diubah suai dan dihiasi dengan dekorasi ala Seoul bertemakan ‘Pengalaman Seoul’. Staf McDonald’s pun berpakaian macam orang Korea tau, Annyeonghaseyo!
Lebih menarik lagi, korang juga berpeluang untuk bergambar ala instafamous di backdrop khas yang terletak betul-betul di tepi tasik dengan dikekelilingi pokok sakura. Romantis dan comel giler!
Eh, semua ni hanya tersedia mengikut waktu operasi McDonald’s Putrajaya je tau.
#McDaebak TikTok Challenge
Bukan setakat pengalaman di Seoul, korang juga berpeluang untuk jadi Oppa dan Onni serta menang baucar tunai McDonald’s bernilai sehingga RM10,000* apabila korang join #McDaebak TikTok Challenge. Ini antara hadiah yang wajib korang rebut.
Tempoh Peraduan: 17 Julai hingga 2 Ogos 2020
- Hadiah Pertama x 1: Baucar Tunai McDonald’s RM3,000
- Hadiah Kedua x 1: Baucar Tunai McDonald’s RM2,000
- Hadiah Ketiga x 1: Baucar Tunai mcDonald’s RM1,000
- Hadiah Saguhati x 10: Baucar Tunai mcDonald’s RM400
*Tertakluk pada Terma dan Syarat*
Tak sabar nak join? Ikut je langkah-langkah di bawah.
1. Muat turun dan daftar aplikasi TikTok di telefon pintar korang menerusi Google Play Store dan App Store.
2. Rakam video korang makan Spicy Korean Burger dan selepas itu bertukar kepada versi ‘daebak‘ dengan menggunakan lagu latar ‘CLAP’ di aplikasi TikTok.
3. Muat naik di TikTok beserta hashtag #McDaebak #McDonaldsMalaysia dan pastikan akaun korang dalam tetapan umum.
4. Jangan lupa untuk lengkapkan penyertaan dengan menghantar video URL menerusi aplikasi McDonald’s!
Kalau korang ikut serta dalam #McDaebak TikTok Challenge ni, korang boleh enjoy potongan 30% untuk pembelian Spicy Korean Burger yang seterusnya tau!
Takde idea macam mana nak buat video #McDaebak TikTok Challenge? Tonton video Oppa hensem dan Onni comel dekat bawah ni atau korang juga boleh dapatkan info lanjut di sini.
Jangan lepaskan peluang!
So guys, jom serbu McDonald’s bermula sekarang sebab hidangan Spicy Korean Burger hanya tersedia dalam waktu yang terhad je tau. Jangan menangis kat bucu katil pulak kalau melepas peluang kali ni.
Nak lagi best, bawa sekali girlfriend atau boyfriend korang dating dekat McDonald’s Putrajaya sebab boleh bersweet di tepi tasik sambil rasai pengalaman Seoul yang romantis dan luar biasa. Sebarang maklumat lanjut, layari laman sesawang McDonald’s sekarang!